Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) telah mengamalkan tahap kesakitan sebagai tanda vital yang kelima sejak tahun 2008 selaras dengan Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bil. 9 Tahun 2008 Pelaksanaan Tahap Kesakitan Sebagai Tanda Vital Kelima (Pain as Fifth Vital Sign). Seterusnya, berikutan Surat Pengukuhan dan Perluasan Skop Pain as 5th Vital Sign dan Pain Free Programme di Semua Fasiliti Kesihatan KKM bertarikh 30hb Ogos 2017 dengan nombor rujukan KKM.600-28/2/10 Jld2(43), hospital telah mula memperkasakan pelaksanaan tahap kesakitan sebagai tanda vital kelima dan melaksanakan Program Hospital Bebas Kesakitan mulai tahun 2018.
Anestesia dan Analgesia/ Farmakologi
Bukan farmakologi/ Perubatan Tradisional dan Perawatan Komplementari
Teknik Pembedahan Moden/ Pembedahan Rawatan Harian
Prosedur bebas kesakitan
Pembedahan bebas kesakitan
Rehabilitasi bebas kesakitan
Discaj bebas kesakitan
Bersalin bebas kesakitan
Hak pelanggan
Tempoh tinggal dalam wad lebih singkat
Risiko jangkitan kuman berkurang
Pengalaman perawatan yang lebih selesa
Mengurangkan kerisauan dan stres
Mempercepatkan pemulihan
1. Skor kesakitan adalah tanda vital kelima.
2. Skor kesakitan dinilai pada semua pesakit.
3. Alat penilaian kesakitan piawai mestilah digunakan secara konsisten.
4. Anggota kesihatan perlu memberi perhatian dan respon segera kepada skor kesakitan pesakit dan menguruskan kesakitan dengan sewajarnya.
5. Anggota kesihatan perlu dilatih secara berterusan dan sedar tentang penilaian dan pengurusan kesakitan.
Perkhidmatan rawatan kesakitan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah lebih berfokus kepada rawatan kesakitan akut, perkhidmatan rawatan kesakitan selepas pembedahan dan analgesia obstetrik.
1. Rawatan Kesakitan Akut (Acute Pain Service/ APS)
Rawatan kesakitan akut diberikan contohya kepada pesakit selepas pembedahan, pesakit yang mengalami kecederaan akibat kemalangan atau pesakit dengan kesakitan perubatan yang akut. Rawatan ini boleh terdiri daripada ubat-ubatan yang diberikan secara oral, suntikan, infusi atau kombinasi mengikut keperluan pesakit
2. Analgesia Obstetrik
Pelbagai cara boleh digunakan untuk mengurangkan kesakitan seperti berehat, senaman pernafasan dan ubat-ubatan. Contoh teknik khusus yang disediakan adalah seperti Patient Controlled Analgesia dan analgesia epidural.
3. Minimally Invasive Surgery (MIS)
Minimally Invasive Surgery (MIS) didefinisikan sebagai teknik pembedahan yang melibatkan trauma minima dari akses yang kecil semasa melakukan pembedahan. Matlamat ini dicapai dengan mengurangkan saiz pemotongan untuk mengakses bahagian tubuh untuk prosedur pembedahan. Kelebihan MIS termasuk kesakitan selepas pembedahan yang minima, kesan kosmetik yang sangat baik, risiko adhesion selepas pembedahan yang minimum, pemulihan yang cepat selepas pembedahan dan kepuasan pelanggan yang baik.
Rawatan kesakitan boleh melibatkan anggota kesihatan pelbagai disiplin seperti doktor, jururawat, pegawai farmasi, ahli fisioterapi dan ahli terapi carakerja sebagai satu pasukan untuk merawat kesakitan
Video
1. Pain Free 1
2. Pain Free 2
Risalah
1.
Sila klik di sini untuk format pdf
2.
Sila klik disini untuk format pdf
3.
Sila klik disini untuk format pdf
4.
Sila klik disini untuk format pdf
5.
Sila klik disini untuk format pdf
6.
Sila klik disini untuk format pdf
7.
Sila klik disini untuk format pdf
Bil. | Nama Aktiviti/Kursus | Tarikh |
1. | CME Program Bebas Kesakitan Peringkat Hospital | 19 Januari 2024 |
2. | Kursus Acute Pain Service | 8 Mac 2024 |
3. | Kursus Training of Trainers Program Bebas Kesakitan | 25 Jun 2024 |
4. | Hari Bertemu Pelanggan Program Bebas Kesakitan | 1 - 3 Julai 2024 |
5. | Mock Audit Pensijilan Hospital Bebas Kesakitan | 3 Julai 2024 |
6. | CME Program Bebas Kesakitan Peringkat Jabatan Perubatan Am | 10 Julai 2024 |
7. | CME Program Bebas Kesakitan Peringkat Jabatan Kecemasan dan Trauma | 11 Julai 2024 |
8. | CME Program Bebas Kesakitan Peringkat Jabatan Radiologi | 17 Julai 2024 |
9. | CME Program Bebas Kesakitan Peringkat Jabatan Otorinolaringologi | 19 Julai 2024 |
10. | Kursus Program Bebas Kesakitan Peringkat Unit Penyeliaan Kejururawatan | 26 Julai 2024 |
11. | Audit Pensijilan Hospital Bebas Kesakitan - Sesi Virtual | 19 Ogos 2024 |
12. | Audit Pensijilan Hospital Bebas Kesakitan - Sesi Fizikal | 21 Ogos 2024 |
2. Kursus Acute Pain Service
3. Kursus Training of Trainers Program Bebas Kesakitan
4. Hari Bertemu Pelanggan Program Bebas Kesakitan
5. Mock Audit Pensijilan Hospital Bebas Kesakitan
6. CME Program Bebas Kesakitan Peringkat Jabatan Perubatan Am
7. CME Program Bebas Kesakitan Peringkat Jabatan Kecemasan dan Trauma
8. CME Program Bebas Kesakitan Peringkat Jabatan Radiologi
9. CME Program Bebas Kesakitan Peringkat Jabatan Otorinolaringologi
10. Kursus Program Bebas Kesakitan Peringkat Unit Penyeliaan Kejururawatan
11. Audit Pensijilan Hospital Bebas Kesakitan - Sesi Virtual
12. Audit Pensijilan Hospital Bebas Kesakitan - Sesi Fizikal