

Jabatan Radiologi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah mula beroperasi secara berperingkat mulai April 2015,selepas berpindah dari Hospital Mentakab.Jabatan ini menyediakan perkhidmatan sokongan klinikal kepada pesakit dalaman dan juga luaran bagi daerah Pahang Tengah dan Barat dengan populasi mencecah 500,000 penduduk.Kini, jabatan ini beroperasi sepenuhnya dengan adanya Hospital Information System (HIS) DAN Radiography Information System (RIS). Skop perkhidmatan adalah pada waktu pejabat dan diluar waktu pejabat yang mana pemeriksaan Pengimejan dibuat di Jabatan Pengimejan Diagnostik, Pemeriksaan mudahgerak (Mobile X-Ray) bagi kes-kes di Unit Rawatan Rapi (ICU), Unit Rawatan Jantung (CCU), Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), Jabatan Kecemasan dan kes-kes tertentu dari wad. Perkhidmatan Image Intensifier pula di dewan Bedah Utama.
Lokasi : Aras 2
| Jawatan / Lokasi |
No Sambungan |
| Ketua Jabatan | 5347 |
| Kaunter | 5346 |
| Temujanji | 5349 |
| Bilik PA | 1214 |
| Bilik Juru X-Ray Kanan : Miss Ong | 5350 |
| Bilik Ultrasound 12 | 1195 |
| Bilik Ultrasound 13 | 1197 |
| Reporting Ultrasound | 1196 |
| Reporting Room | 1209 |
| Juru X-Ray Kanan | 5352 |
| Gen X-Ray | 1200 |
| Kaunter CT Scan | 1208 |
| Bilik CT Scan | 5351 |
| Bilik On Call | 1218 |
| Bilik MRI | 1207 |
| Bilik Fluroskopi | 1202 |
| Bilik Mammo | 1193 |
| Bilik IVU | 1203 |
Kami bersedia memberikan perkhidmatan seperti berikut:
1. Memberi perkhidmatan yang profesional,adil dan saksama melalui penghasilan imej radiologi yang tepat dan berkualiti
2. Memberi layanan yang baik,mesra,bertimbang rasa,hormat,bersopan,jujur dan ikhlas
3. Merahsiakan segala maklumat mengenai pesakit dan menjaga maruah pesakit
4. Memberi perlindungan yang secukupnya dari risiko-risiko bahaya radiasi
5. Memberi perkhidmatan secepat mungkin dan menyiapkan filem dan laporan dalam masa yang ditetapkan seperti terjadual.
Setiap pelanggan mestilah mematuhi peraturan seperti berikut:
1. Setiap pelanggan mestilah mematuhi tarikh dan waktu temujanji berkala yang dipersetujui.
2. Setiap pelanggan mestilah membuat pendaftaran di kaunter pendaftaran terlebih dahulu
3. Setiap pelanggan bertanggungjawab menjaga harta benda awam dan peribadi
4. Setiap pelanggan mesti mematuhi peraturan,prosedur dan khidmat nasihat yang berkaitan pada bila-bila masa
| Hari | Masa |
| Isnin , Selasa dan Khamis | 8.00 am - 1.00 pm 2.00 pm - 5.00 pm |
| Rabu - CME Jabatan (8.00 am - 9.00 am) | 9.00 am - 1.00 pm 2.00 pm - 5.00 pm |
| Jumaat - CME Hospital (8.00 am - 9.00 am) | 9.00 am - 12.15 pm 3.00 pm - 5.00 pm |
Menyediakan Perkhidmatan Pengimejan
| Bil | Tarikh | Aktiviti |
| 1 | 11/06/2021 | CME : Kepentingan Jururawat dan PPK di Jabatan Radiologi |
| 2 | 08/11/2021 - 12/11/2021 |
International Day of Radiology (iDoR) 2021 |
| 3 | 07/03/2022 | Menganjurkan Perhimpunan Bulanan Hospital Kluster Pahang Tengah bagi Bulan Mac 2022 |
| 4 | 08/11/2022 | International Day of Radiology (iDoR) 2022 |
| 5 | 04/03/2023 | Basic Ultrasound Course 2023 |
| 6 | 09/08/2023 | Radiation Protection Course 2023 Peringkat Kluster Pahang Tengah |
| 7 | 08/11/2023 | CME : MRI Safety |
| 8 | 10/11/2023 | CME : "National Radiology Intravascular Contrast Media Standard Operating Procedure (SOP)" |
| 9 | 24/10/2024 | Kursus Perlindungan Sinaran 2024 Peringkat Kluster Pahang Tengah |
| 10 | 23/04/2025 | Tenang Sebelum Scan : Tips Persediaan Untuk Pesakit |
| 11 | 02/10/2025 | Kursus Perlindungan Sinaran 2025 Peringkat Hospital Sultan Haji Ahmad Shah |
| 12 | 04/10/2025 | Kursus Pahang Radiology Update 2025 Peringkat Negeri Pahang |
| 13 | 07/11/2025 | Sambutan International Day of Radiology (IDOR) 2025 Peringkat Hospital Sultan Haji Ahmad Shah |
| 14 | 07/11/2025 | CME : From Shadows to Signals : The Evolution and Future of Radiology |