

Jabatan Farmasi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah telah memulakan operasi pada April 2005, meneruskan kesinambungan perkhidmatan setelah berpindah dari Hospital Mentakab. Jabatan Farmasi diterajui oleh Ketua Jabatan Farmasi iaitu Puan Rohaya binti Sulaiman yang terdiri daripada Pegawai Farmasi, Penolong Pegawai Farmasi, serta kakitangan sokongan lain iaitu Penolong Pegawai Tadbir, Pembantu Tadbir dan Pembantu Khidmat Am.
Lokasi : Aras 2
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Unit: Farmasi Logistik
Kami Berjanji Dan Komited Untuk Memberi Perkhidmatan Kepada Pelanggan Dengan:
1. Membekalkan Item Standard Kepada Pemesan Tidak Melebihi 14 Hari Bekerja Selepas Pesanan Yang
Lengkap Diterima.
2. Membekalkan Item Bukan Standard Kepada Pemesan Selepas Pesanan Yang Lengkap Diterima, Tidak
Melebihi 3 Hari Bekerja Selepas Bekalan Diterima di Unit Farmasi Logistik.
Unit: Farmasi Pesakit Dalam
Kami Berjanji Dan Komited Untuk Memberi Perkhidmatan Kepada Pelanggan Dengan:
1. Memastikan Pembekalan Ubat Ke Wad / Unit Bagi Preskripsi / Pesanan Yang Lengkap Diterima Dalam
Tempoh Masa 4 jam Dalam Waktu Pejabat.
Unit: Farmasi Pesakit Luar
Kami Berjanji Dan Komited Untuk Memberi Perkhidmatan Kepada Pelanggan Dengan:
1. Memastikan Ubat-Ubatan Yang Betul Dibekalkan Tidak Melebihi 30 Minit Bagi Preskripsi Yang Lengkap
Diterima.
2. Memastikan Pelanggan Yang Berdaftar Dengan Sistem Janji Temu Farmasi Mendapat Bekalan Ubat
Susulan Pada Tarikh Yang Dijanjikan.
| UNIT | WAKTU OPERASI (HARI BEKERJA) | SABTU, AHAD & CUTI UMUM |
|
Farmasi Klinik Pakar |
7.30am – 8pm | 8am - 8pm |
| Farmasi Bekalan Wad | 24 jam | |
| Farmasi TPN & CDR | 8am – 5pm | Tutup |
| Farmasi Logistik | 8am – 5pm | Tutup |
| Farmasi Satelit | 8am – 5pm | Tutup |
| Farmasi TDM | 8am – 5pm | 10am – 4pm |
Jabatan Farmasi menyediakan bekalan ubat dan bukan ubat serta perkhidmatan berkaitan penjagaan farmaseutikal kepada pesakit luar dan pesakit dalam dari unit/wad.
Jabatan Farmasi menyediakan perkhidmatannya melalui:
1. Farmasi Klinik Pakar [ Farmasi Pesakit Luar ]
2. Farmasi Pesakit Dalam [ Farmasi Bekalan Wad, Farmasi Satelit 6 dan 8 ]
3. Farmakokinetik Klinikal [ Therapeutic Drug Monitoring ( TDM ) ]
4. Farmasi Aseptik [ Cytotoxic Drug Reconstitution ( CDR ), Total Parenteral Nutrition ( TPN ) ]
5. Farmasi Pengeluaran
6. Farmasi Logistik
7. Farmasi Wad
8. Pusat Sumber dan Maklumat Farmasi [Pharmacy Resource & Information Centre (PRIC) ]
Selain itu, Jabatan Farmasi juga menawarkan Perkhidmatan Nilai Tambah (VAS) seperti yang berikut:
1. Farmasi Park & Take
2. Ubat Melalui Pos (UMP)
3. Lokar Ubat
Jabatan Farmasi beroperasi mengikut unit-unit tertentu berdasarkan kepada 6 fungsi utama :
1. Farmasi Logistik berfungsi menguruskan proses perolehan, penerimaan, penstoran dan pembekalan ubat, bukan ubat, serta gas perubatan bagi keperluan hospital dan klinik kesihatan. la juga berfungsi mengekalkan bekalan stok yang mencukupi pada setiap masa.
2. Farmasi Pesakit Dalam yang terdiri dari Farmasi Bekalan Wad dan Farmasi Satelit, berfungsi menyediakan perkhidmatan bekalan ubat-ubatan kepada pesakit dalam wad serta menjalankan perkhidmatan pendispensan secara bedside dispensing untuk pesakit discaj dan perkhidmatan kaunseling ubat-ubatan kepada pesakit.
3. Farmasi Klinik Pakar menguruskan perkhidmatan pendispensan dan kaunseling ubat-ubatan untuk pesakit luar dan pesakit discaj serta menawarkan Perkhidmatan Nilai Tambah (Value Added Services) bagi memudahkan pembekalan bekalan ubat susulan kepada pesakit; memberikan perkhidmatan penjagaan farmaseutikal melalui perkhidmatan MTAC.
4. Farmasi Pengeluaran berfungsi menyediakan sediaan bukan steril bagi mana-mana sediaan yang tiada dalam pasaran dan juga menjalankan proses pembungkusan semula ubat-ubatan mengikut Amalan Pengilangan Baik (GMP) bagi kegunaan hospital.
5. Pharmacy Resource & Information Centre (PRIC) berfungsi mengendalikan pertanyaan dan menyebarkan maklumat berkaitan ubat-ubatan, menyelaras permohonan ubat-ubatan yang memerlukan kelulusan khas, mengemaskini Formulari Hospital; dan menyelaras aktiviti berkaitan keselamatan pengubatan.
6. Farmasi Klinikal menguruskan perkhidmatan penjagaan farmaseutikal secara optimum kepada pesakit melalui aktiviti-aktiviti Farmasi Klinikal yang dijalankan di bawah unit-unit berikut:
a. Perkhidmatan Farmasi Wad
b. Perkhidmatan Penyediaan Nutrisi Parenteral ( TPN )
c. Perkhidmatan Rekonstitusi Ubat Sitotoksik ( CDR )
d. Perkhidmatan Farmakokinetik Klinikal ( TDM )
| Bil | Nama Kursus / Aktiviti | Tarikh |
| 1 | CME : VAS: Pilih Yang Mudah, Jabatan Farmasi | 16/07/2021 |
| 2 | Menganjurkan Perhimpunan Bulanan Hospital Kluster Pahang Tengah bagi Bulan Februari 2022 | 14/02/2022 |
| 3 | CME : Cold Chain Medications: From Fridge to Patient | 22/07/2022 |
| 4 | Therapeutic Drug Monitoring (TDM) | 02/06/2023 |
| 5 | Menganjurkan Perhimpunan Bulanan Hospital Kluster Pahang Tengah bagi Bulan April 2024 | 30/04/2024 |
| 6 | CME : Perkhidmatan Nilai Tambah Farmasi (VAS) Dan MyUBAT | 02/08/2024 |
| 7 | CME : How Does The Insulin Works? And Introduction To Diabetes MTAC | 09/05/2025 |
| 8 | Hari Farmasi Sedunia | 23/09/2025 - 25/09/2025 |