Unit Keselamatan

imgalt
imgalt

Unit Keselamatan merupakan satu unit di bawah organisasi Bahagian Pengurusan HoSHAS. Ianya mula diwujudkan perjawatan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2008. Unit Keselamatan berperanan untuk memberi khidmat nasihat berkenaan Keselamatan Perlindungan yang merangkumi aspek Keselamatan Fizikal, Dokumen dan Personel seperti mana yang diperuntukan di dalam Arahan Keselamatan, Akta-akta yang berkaitan dan Surat-surat Pekeliling Keselamatan yang berkuat kuasa bagi dijadikan garis panduan dalam perlaksanaan tugasan serta perkhidmatan.

Lokasi : Aras 1

 

Jawatan / Lokasi No Sambungan
Ketua Unit Keselamatan  323 (melalui talian Radicare 5000)
Unit Keselamatan 402 (melalui talian Radicare 5000)
Bilik Kawalan Keselamatan 5343 (sambungan terus @ melalui talian utama HoSHAS)

Waktu Pejabat ( Isnin hingga Jumaat )           : 7.30 pagi hingga 5.30 petang

Pegawai Bertugas Atas Panggilan ( On Call ) : 24 jam
( Selepas Waktu Pejabat, Sabtu & Ahad )

  • Memberikan khidmat nasihat berhubung pelaksanaan aspek-aspek keselamatan fizikal, dokumen dan peribadi di Jabatan bagi memelihara darjah Keselamatan Perlindungan.
  • Memantau dan melaporkan perkhidmatan yang diberikan oleh Syarikat Kawalan Keselamatan Swasta selaras dengan kontrak yang telah ditetapkan.
  • Melaksanakan pemeriksaan keselamatan ke atas premis jabatan, membuat laporan dan mencadangkan syor-syor berkaitan untuk penambahbaikan.
  • Mengkaji keperluan peralatan dan kelengkapan keselamatan dalam meningkatkan tahap keselamatan Jabatan.
  • Mengkaji peraturan-peraturan keselamatan yang sediada, mengemaskini dan mengatur peraturan-peraturan baru (jika perlu) serta melaksanakannya dengan persetujuan pihak pengurusan jabatan.
  • Membantu menjalankan pemeriksaan mengejut bagi menentukan bahawa langkah-langkah keselamatan telah dipatuhi dan dilaksanakan.
  • Menyelaras sebarang urusan berkaitan keselamatan dengan Pegawai Keselamatan Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia, Pejabat Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan lain-lain agensi berkaitan.
  • Memantau dan menguruskan Kunci-Kunci Keselamatan, Kad Pengenalan Jabatan, Pas Keselamatan dan Pelekat Kenderaan.
  • Membantu memantau keselamatan dalam program-program rasmi Jabatan.

InteraktifPermohonan e-vatting di laman web : https://evetting.cgso.gov.my/cgso/register

 1. Kempen Keselamatan Perlindungan dan Keselamatan Jalan Raya Peringkat HoSHAS, Temerloh

     Tarikh : 30 Oktober 2018 - 01 November 2018

   

2. Tajuk : Keselamatan Perlindungan Dari Perspektif Keselamatan Fizikal

Tarikh : 12 Julai 2019

Lokasi : Auditorium, HOSHAS

3. kempen_keselamatan_B_2019.jpg

 

HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 03/12/2024 Jumlah Pelawat : 4929