Unit Hal Ehwal Islam

Unit Hal Ehwal Islam merupakan salah satu unit yang berada di bawah Bahagian Pengurusan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS). Penubuhannya sebagai satu mekanisme ke arah menjaga kemaslahatan seluruh warga kerja HoSHAS dan para pesakit yang beragama Islam dari sudut fizikal dan rohani selaras dengan tuntutan syariat Islam.

Lokasi :  Aras 2

Jawatan / Lokasi
No Sambungan
Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S27 1056
Pegawai Kebajikan 1058 / 2115 / 2116
Kaunselor 1054
Kaunter 1052

  • Isnin – Khamis : 9.30 pagi – 4.30 petang
  • Jumaat : 9.30 pagi – 12.30 tengah hari / 3.30 petang – 4.30 petang

  • Mengendali, menyelaras dan melaksanakan latihan dan program Penerapan Nilai-nilai Islam kepada warga kerja hospital.
  • Merealisasikan dasar Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mewujudkan konsep Hospital Mesra Ibadah.
  • Menyedia dan melaksana perkhidmatan dan kemudahan yang berkaitan Hal Ehwal Islam.

1. Tanggungjawab Kepada Hospital

1.1 Mewujud dan menyelia Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah.
1.2 Bertanggungjawab terhadap semua program dan aktiviti berkaitan Hal Ehwal Islam peringkat hospital.
1.3 Menjadi sumber rujukan /penerangan program berkaitan syariah/agama

2. Perkhidmatan Kepada Warga Kerja Hospital

2.1 Menyelaras dan melaksana program Penerapan Nilai-nilai Islam secara berhikmah, terancang dan berkualiti.
2.2 Memberi sokongan kerohanian dan khidmat nasihat Syari’e kepada warga kerja hospital

3. Perkhidmatan Kepada Pesakit Dan Waris

3.1 Memberikan khidmat nasihat dan bimbingan kerohanian kepada pesakit dan waris.
3.2 Ziarah dan bimbingan pengurusan ibadah pesakit.

Bil Aktiviti / Kursus Tarikh
Ceramah Agama : Hati Mati oleh PU Amin 25/01/2019
2 Ceramah Agama : Rumah Tangga : Syurga atau Neraka oleh Ustaz Mohd Fadli 15/02/2019
3 Kursus Terapi Sokongan: Kerana Dirimu Begitu Berharga Tahun 2023 17/03/2023
HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 22/02/2024 Jumlah Pelawat : 12529