Unit Teknologi Maklumat

imgalt
imgalt

Unit Teknologi  Maklumat ( UTM ) merupakan satu unit sokongan bukan klinikal yang beroperasi di bawah Timbalan Pengarah ( Pengurusan ). Unit ini menjalankan pelbagai fungsi dan antaranya ialah merancang, mengurus dan memantau pelaksanaan projek-projek ICT yang dijalankan di HOSHAS sebagaimana yang ditentukan oleh Jabatan dan Kementerian Kesihatan.Selain itu, unit ini berperanan untuk merancang, mengurus dan memantau penggunaan, penyelenggaraan dan keselamatan bagi peralatan rangkaian, peralatan ICT serta sistem aplikasi supaya dapat digunakan secara optimum dan tidak mengganggu operasi harian.

HoSHAS adalah merupakan sebuah hospital yang terpilih di dalam projek Hospital Information and Communication Technology ( HICT ) dan akan menggunakan sepenuhnya sistem yang dinamakan Hospital Information System ( HIS ). HIS merupakan aktiviti utama unit yang mana meliputi keseluruhan operasi hospital.Disamping itu juga, unit ini turut memantau pelaksanaan dan penyelenggaraan sistem-sistem perubatan dan bukan perubatan yang lain seperti HRMIS, ePerolehan, e-Notifikasi, MYCPD 2.0 , eHADIR dan lain-lain.

Unit ini  diketuai oleh seorang Pegawai Teknologi Maklumat Kanan ( F44 ) dengan di bantu oleh 2 orang Pegawai Teknologi Maklumat ( F41 ), 2 orang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Kanan ( FA32 ) , 2 orang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat ( FA29 ), 1 orang Juruteknik Komputer ( FT19 ).

LokasiAras 3

Jawatan / Lokasi No tel
Pegawai Teknologi Maklumat GredF44 ( Ketua Unit ) 5381
Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 1367
Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 1366
Bengkel Teknologi Maklumat 1361
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29 / FA32 1363 / 1364
Helpdesk  2113 / 2114

  • Pembangunan dan penyelenggaraan Sistem Aplikasi
  • Penyediaan dan Penyenggaraan Rangkaian LAN dan WAN
  • Perlaksanaan dan Pemantauan Projek ICT KKM dan penggunaan 'Office Automation'
  • Penyelenggaraan Perkakasan dan Perisian ICT
  • Keselamatan ICT Hospital Sultan Haji Ahmad Shah

  1. Memberi latihan teknikal kepada pelajar-pelajar latihan industri dari IPTA/IPTS.
  2. Memberi latihan kepada kakitangan yang terlibat dalam sistem aplikasi di setiap jabatan yang terlibat.
  3. Menjadi urusetia dalam persediaan multimedia bagi setiap program dan aktiviti Hospital.

Bil

Aplikasi

Status

1

Sistem e-PEROLEHAN ( Perbendaharaan )

Telah dilaksanakan pada tahun 2006

2

Sistem HRMIS ( JPA )
( Human Resources Management Information System )

Telah dilaksanakan di Hospital hujung tahun 2005

3

Sistem eNotifikasi

Telah digunakan semenjak dari tahun 2001. Aplikasi ini telah dibangunkan oleh BPM, Kementerian Kesihatan Malaysia. Beroperasi secara online.

4

Sistem Maklumat Rekod Pesakit  ( KKM ) ( SMRP )

Telah digunakan semenjak dari tahun 2003

5

Hospital Infromation System

( HIS - FiSiCieN )

dilaksanakan pada Mei tahun 2011
6

e-Latihan

dilaksanakan pada tahun 2014
7 MyMesyuarat 2.0 telah digunakan bermula tahun 2014
8 Sistem Permohonan Pelekat Kenderaan (eSticker) HOSHAS telah digunakan bermula tahun 2014
9

eHADIR

telah digunakan bermula bulan November 2015
10

e-Tempah

telah digunakan bermula bulan Julai 2015
11 DDMS 2.0 telah digunakan bermula bulan September 2017
12 Saringan Kesihatan Tahunan Kakitangan telah digunakan bermula bulan Jun 2018
13 Audit Rekod Perubatan telah digunakan bermula bulan September 2018
14 Kajian Piagam Pelanggan Jabatan Patologi telah digunakan bermula bulan Julai 2019
15 Pemindahan Mesin Jari Kehadiran ke Tingkat 1 & 2, HoSHAS 06 Februari 2020
16 Pemasangan wireless access point di Bilik Gerakan Covid-19 pemasangan pada 25 April 2020
17 CME : Tatacara Keselamatan Sistem HIS - HOSHAS 13 Ogos 2021
18 Bengkel Pemurnian Dokumen BCP Fasa 1 Siri 1 28 September 2022 dan 30 September 2022
19 Bengkel Pemurnian Dokumen BCP Fasa 1 Siri 2 5 Oktober 2022
20 Kursus Mymesyuarat 2.0 Peranan Urus Setia Siri Pertama (Bahagian Pengurusan) 21 September 2023
21 Kemudahan Akses Wi-Fi Percuma Untuk Kegunaan Orang Awam 9 Oktober 2023
22 Bengkel Pemurnian Data Aset Alih ICT 10 dan 11 Oktober 2023

 

HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 29/03/2024 Jumlah Pelawat : 14391