Hospital Jerantut

Pengenalan

Hospital Jerantut terletak di Mukim Pedah dalam daerah Jerantut. siap dibina pada awal tahun 1977, ditapak seluas 9.3 hektar. Memulakan operasi rawatan pesakit luar pada 16 Julai 1977 dan beroperasi sepenuhnya pada 1 Ogos 1977. Ianya diikuti dengan perkhidmatan sokongan lain yang ditempatkan dalam sebuah bangunan yang sama meliputi Unit Kecemasan, Unit x-ray , Unit Farmasi dan Rekod Perubatan.

Perkhidmatan rawatan pesakit dalam mula beroperasi dengan 49 katil. Hospital Jerantut telah dirasmikan pada 26 Januari 1979 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Ibni Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah.

Hospital daerah Jerantut ini memberikan perkhidmatan perawatan dan perubatan kepada penduduk disekitar bandar dan daerah ini. Dengan keluasan 7558 Km persegi, menjadikan daerah ini adalah daerah terbesar dalam negeri Pahang. Ianya bersempadan dengan negeri Kelantan dan Terengganu di bahagian utara, bersempadan dengan daerah Temerloh dan Maran di bahagian selatan, bersempadan dengan daerah Kuala Lipis dan Raub di bahagian barat dan bersempadan dengan daerah Kuantan di bahagian timur. Jerantut juga terkenal dengan pintu masuk Taman Negara yang terkenal dengan keindahan alam semulajadinya.

Hubungi Kami

Hospital Jerantut
27000 Jerantut, Pahang Darul Makmur

E-mel Rasmi
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

No. Telefon
+6092663333/4

No. Faksimili
+6092661462

Perkhidmatan

Kecemasan

Klinik Pakar

Wad Lelaki

Wad Perempuan

Hemodialisis

Pengimejan Diagnostik

Patologi & Tabung Darah

Fisioterapi

Pemulihan Cara Kerja

CSSU

Pengurusan

Rekod Perubatan

Kerja Sosial Perubatan

Kawalan Infeksi

Sajian Makanan

Farmasi dan Bekalan

Optometris

Kemudahan

Kafeteria

Taman Permainan

Tandas Awam

Parkir Awam

Surau

Telefon Awam

  • Visi, Misi & Objektif

    PERNYATAAN VISI
    Menjadi sebuah hospital yang mampu memberi perkhidmatan yang adil, saksama, cekap dan berteknologi tinggi sesuai dengan persekitaran dan masyarakat setempat.

    PERNYATAAN MISI
    Memberi perkhidmatan yang adil, cekap dan teratur menggunakan sumber kewangan dan tenaga manusia yang sedia ada untuk menghasilkan output yang maksima dan berkesan.

    PERNYATAAN OBJEKTIF
    Sedia memberikan perkhidmatan perubatan yang berkualiti, bertanggungjawab dan profesional berasaskan pendekatan pemuafakatan, proaktif dan inovatif lagi efisyen untuk mencapai matlamat hospital cemerlang.

    DASAR KUALITI
    Pengurusan Hospital Jerantut adalah komited dan bersungguh-sungguh dalam memberikan perkhidmatan penjagaan pesakit yang berhemah dan berkualiti tinggi, berteraskan khidmat profesionalisme, penyayang, kerja berpasukan serta menggunakan sumber dan teknologi yang bersesuaian bagi memenuhi kehendak dan inspirasi pelanggan.
  • Carta Organisasi

  • Piagam Pelanggan

    Kandungan sedang dikemaskini
  • Logo Rasmi


    Singkatan nama Hospital

    Bulan Sabit - Lambang kementerian kesihatan malaysia

    Warna Merah - Melambangkan jatidiri warga hospital jerantut yang sanggup menghadapi apa jua keadaan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan.

    Huruf Q - Lambang budaya korporat yang menjadi pegangan warga kerja kementerian kesihatan malaysia.

    Tiga Jalur - Membawa makna tiga teras budaya korporat kementerian kesihatan malaysia iaitu

    Kuning - Khidmat Penyayang
    Merah - Kerja Berpasukan
    Biru - Professionalisma

    Huruf HJ Berwarna Kuning - Membawa makna hospital jerantut yang ikhlad, penyayang dan sucihati dalam memberi perkhidmatan.
HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 01/06/2023 Jumlah Pelawat : 1698