Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental

gambapsikiatri1
gambapsikiatri2

Perkhidmatan Psikiatri telah bermula apabila seorang Pakar Psikiatri ditempatkan secara tetap di Hospital Mentakab pada tahun 2000. Bermula dengan seorang pakar dan seorang penolong jururawat, perkhidmatan psikiatri telah berkembang dan telah mendapat pertambahan kakitangan bagi melancarkan perkhidmatan untuk pesakit.

Pada peringkat awalnya, Jabatan Psikiatrik hanya diperuntukkan sebanyak 4 katil untuk pesakit lelaki dan ditempatkan di wad perubatan. Pada tahun 2002, pesakit psikiatri perempuan mula ditempatkan di wad perempuan setelah mendapat seorang jururawat. Pada November 2007, Wad Psikiatri di Kenanga 9 Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) telah dibuka secara rasminya. Wad Psikiatri di hospital ini berasaskan ‘open ward’ berbanding dengan ‘locked ward’. Pada waktu kini, Wad ini mempunyai sebanyak 22 katil, dimana 8 katil diperuntukkan untuk pesakit perempuan dan selebihnya untuk pesakit lelaki.

Jabatan Psikiatri turut memberikan rawatan bagi pesakit luar di Klinik Psikiatri dan Kesihatan Mental bertempat di Bangunan Klinik Pakar HOSHAS. Statistik pada tahun 2014, klinik ini telah menerima sebanyak 451 kes baru dengan jumlah keseluruhan sebanyak 7043 pesakit telah hadir sepanjang tahun.

Perkhidmatan lain yang diberikan oleh Jabatan Psikiatri termasuklah lawatan pakar ke klinik atau hospital daerah seperti di Jengka, Jerantut dan Bera dan lawatan ke Desa Bina Diri Jerantut. Lawatan ini diadakan pada setiap bulan bertujuan untuk memudahkan pesakit untuk berjumpa dan menerima rawatan susulan berdekatan dengan kediaman mereka.

Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental HOSHAS telah memperkenalkan Program Mentari yang beroperasi bersebelahan dengan Klinik Kesihatan Bandar Mentakab. Program yang berteraskan pendekatan kepada masyarakat umum mengenai masalah kesihatan mental ini ditubuhkan pada Januari 2014 dan berperanan sebagai pusat komuniti kesihatan mental selaras dengan Akta Kesihatan Mental Malaysia 2001. Sehingga kini, Mentari menerima sebanyak 40-50 orang pesakit dalam sebulan yang hadir untuk rawatan susulan mahupun aktiviti rehabilitasi.

Pasukan komuniti kami yang diwujudkan sejak di Hospital Mentakab masih beroperasi dan pada waktu kini berpusat di Mentari Mentakab. Pasukan ini berfungsi untuk memberikan penilaian dan rawatan pesakit dari rumah ke rumah untuk kes-kes yang tertentu dalam lingkungan 25km daripada Mentari.

  1. Wad Psikiatri dan Kesihatan Mental – Kenanga 9, tingkat 7
  2. Klinik Psikiatri dan Kesihatan Mental – Kompleks Klinik Pakar
  3. Mentari - bersebelahan dengan Klinik Kesihatan Bandar Mentakab

Jawatan / Lokasi No Sambungan
Ketua Jabatan 1520/5425
Bilik PA 1663
Bilik Pegawai Perubatan 1534
Kaunter Klinik 1521
Wad 1900

Senarai Perkhidmatan di Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental:

1. Rawatan pesakit dalam (in patient)
    a. Pesakit di wad psikiatri
    b. Rawatan untuk kes liason (rujukan dari unit atau jabatan lain)

2. Rawatan pesakit luar (out patient)
    a. Klinik Pakar Psikiatri untuk rawatan pesakit luar.

Hari Masa dan jenis operasi
  8am - 1pm 1pm - 2pm 2pm - 5pm
Isnin Temujanji doktor / suntikan R Temujanji doktor / suntikan
Selasa Temujanji doktor / suntikan E Temujanji doktor / suntikan
Rabu Grandround H CME
Khamis Temujanji doktor / suntikan A Temujanji doktor / suntikan
Jumaat Grandround T CME

    b. Lawatan pakar ke daerah Bera, Jengka dan Jerantut.

3. Program Komuniti Psikiatri
    a. Mentari di Mentakab sebagai pusat komuniti kesihatan mental.

Hari Masa dan jenis operasi
  8am – 1pm 1pm – 2pm 2pm – 5pm
Isnin Temujanji doktor / suntikan R Temujanji doktor / suntikan
Selasa Rehabilitasi E Rehabilitasi
Rabu Temujanji doktor / suntikan H Temujanji doktor / suntikan
Khamis Rehabilitasi A Rehabilitasi
Jumaat Meeting / gotong-royong T  

    b. Pasukan komuniti psikiatri yang memberikan rawatan dari rumah ke rumah.

 
Bil Tarikh Tajuk
1 04/01/2021 Perhimpunan Bulanan Januari 2021
2 07/01/2021 Mesyuarat Jabatan Psikiatri Dan Kesihatan Mental
3 07/01/2021 CME : Pengendalian Pesakit Psikiatri Dan Sesi PFA
4 11/01/2021 Stress Relief Kit
5 12/01/2021 Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing
6 13/01/2021 CME :  Concept Of Psychiatric Prevention & Integration Of Psychiatric Services Into The General / Primary Health Care Settings
7 15/01/2021 Casemix - PD301 Classification Based On ICD-10 With Comparison Vs DSM-V And The Common Diagnosis Coding
8 29/01/2021 Journal Presentation On Antipsychotic Use In Pregnancy Via Physical And Virtual Platform
9 26/02/2021 AGM Badan Kebajikan Psikiatri HOSHAS kali ke 9
10 04/03/2021 CME on Basic Statistics
11 04/03/2021 Sambutan Hari PPP
12 10/03/2021 Case Discussion With Visiting Child Psychiatrist
13 18/03/2021 Introduction to Clinical Psychology
14 20/03/2021 Membuat Persediaan bagi Memulakan Perkhidmatan Elektrokonvulsif Terapi (ECT) untuk Hospital kluster Pahang Tengah
15 26/03/2021 Mesyuarat Ahli Lembaga Pelawat Psikiatri Bil 1 / 2021
16 31/03/2021 Update on CPG Management of Major Depressive Disorder ( 2nd edition) via Zoom platform
17 07/04/2021 Program Community Outreach oleh Badan Kebajikan Psikiatri ( BKP ) HoSHAS bersama Mentari Mentakab
18 13/04/2021 Mesyuarat Program RESTART kolaborasi antara Mentari Mentakab dan Pegawai SOCSO Cawangan Temerloh
19  18/04/2021 Program Ramadhan Kit 2021 /1442 H anjuran Badan Kebajikan Psikiatri, HOSHAS
20 09/06/2021
- 10/06/2021
Bengkel Suicide Risk Management
21 23/06/2021 Program Vaksinasi Pesakit Psikiatri dengan kerjasama Unit Kesihatan Awam HOSHAS
22 23/06/2021 Program Vaksinasi Penghuni Rumah Sinar Suria bersama Klinik Kesihatan Temerloh dan Pasukan Komuniti Psikiatri Mentari Mentakab
23 30/06/2021 Pasukan MHPSS Hospital Sultan Haji Ahmad Shah menjalankan Psychological First Aid untuk kakitangan kesihatan yang menjalani kuarantin di KUIPSAS, Kuantan
24 07/07/2021 Program untuk penilaian "Mental Capacity" untuk Residen Desa Bina Diri Jerantut bagi tujuan pemberian vaksin Covid-19
25 09/07/2021 - 
13/08/2021
Program sokongan keluarga "Family link Programme"
26 14/07/2021 Kursus Virtual Pengurusan Stres “ Peace Of Mind "
27 23/07/2021 , 06/08/2021 & 13/08/2021 Kursus Training of Trainers for Psychological First Aid Peringkat Zon Pahang Tengah
28 04/08/2021 Psychiatry Research Day
29 04/08/2021 Siri 2/2021 Bantuan Covid-19 
30 09/2021 - 10/2021 Projek Sokongan Psikososial kepada Frontliner
31 03/09/2021
&
10/09/2021
PFA Awareness Program
32 04/09/2021 
-
05/09/2021
Program Mobile Vaccination ( Pertama ) kepada Pesakit Komuniti Psikiatri HOSHAS dengan kerjasama PKD Temerloh & NGO National Cancer Society Malaysia
33 10/09/2021 CME : Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia : Mencipta Harapan melalui Tindakan
34 30/09/2021 Program Pek Prihatin Mentari 2U anjuran Badan Kebajikan Psikiatri bersama Mentari Mentakab
35 06/10/2021 Pemberian Teddy Kit serta pamplet MHPSS untuk kakitangan kesihatan yang bertugas di wad covid-19 oleh Penyelaras MHPSS kluster, Dr Meera Muniandy dan Dr Iwin Soosay
36 08/10/2021 Sempena World Mental Health Day 2021 " Mental Health In An Unequal World "
37 08/10/2021 CME : Menuju  Kesaksamaan Kesihatan Mental
38 08/10/2021 CME : Menangani Burnout Dikalangan Petugas Kesihatan
39 14/10/2021 Pasukan MHPSS Kluster Pahang Tengah dari HOSHAS  diketuai oleh Dr Meera Muniandy mengadakan sesi intervensi disamping pemberian teddy kit kepada petugas kesihatan  di PKRC Bentong
40 10/11/2021 Projek IRENEW - Penyerahan papan beserta kata sokongan kepada Pegawai Kesihatan Daerah , Dr Sharifah Mahani dan Pegawai Perubatan Menjaga Klinik Kesihatan Temerloh
41 2021 Pemberian Teddy Kit kepada petugas Unit Hemodialisis Hoshas oleh MHPSS team
42 27/01/2022 Lawatan dari Unit Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Besut untuk melihat dokumentasi berkaitan Akreditasi MSQH
43 09/02/2022 Sesi demonstrasi serta latihan untuk pemberian suntikan Palliperidone Palmitate Trinza kepada Paramedik Klinik Psikiatri dan Pasukan Komuniti Mentari Mentakab
44 23/02/2022 Lawatan " Core Team " Jabatan Psikiatri Hospital Kemaman ke HOSHAS
45 04/03/2022 AGM Badan Kebajikan Psikiatri ( BKP )  HoSHAS
46 23/03/2022 Kursus “Basic Psychiatry : What You Need To Know” Peringkat Pahang Tengah 2022
47 01/04/2022 Drug’s development: From ‘Kampung’ to the Laboratory and to Pharmacotherapy
48 19/05/2022 Pertandingan Quality Assurance (QA) Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Pahang 2022 
49 22/05/2022 Majlis Advokasi Famili Mentari Mentakab dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri 
50 25/05/2022 Mentari Day 2022
51 25/05/2022 Semarak Jiwa "Flourishing Children with Positive Parenting"
52 17/06/2022 Sembang Santai Kesihatan Mental. Topik 1 : Apa itu Kesihatan Mental ? Antara Mitos dan Fakta
53 22/07/2022 Sembang Santai Kesihatan Mental. Topik 2 : Profesional Kesihatan Mental. Siapa mereka? 
54 27/07/2022 Stress Management Course and Team Building
55 08/08/2022 Perhimpunan Bulanan Hospital Kluster Pahang Tengah Ogos 2022
56 19/08/2022 Sembang Santai Kesihatan Mental Topik 3 : Rawatan Bagi Masalah Kesihatan Mental
57 23/09/2022 Sembang Santai Kesihatan Mental Topik 4 : Rakan Pendengar : Langkah Mudah Memberikan Sokongan
58 14/10/2022 Sembang Santai Kesihatan Mental : Halangan Dalam Mendapatkan Rawatan : Stigma dan Diskriminasi
59 14/10/2022 Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2022 peringkat Hospital Sultan Haji Ahmad Shah
60 08/03/2023 Kursus Psychiatry Emergencies & Break-Away Technique
61 26/07/2023 Kursus Pengurusan Stress dan Team Building
62 30/08/2023 Echo Training CPG Management of ADHD in Children and Adolescent 2nd Edition Peringkat Negeri Pahang 2023
63 08/09/2023 CME : Suicide Prevention
64 20/10/2023 World Mental Health Day peringkat HoSHAS
 65 30/01/2024 Program Kesedaran Kesihatan Mental
66 07/02/2024 CME : Skizofrenia
 67 08/05/2024 Kursus "Essentials in Psychiatry" Peringkat Pahang Tengah Tahun 2024
68 08/06/2024 Ceramah Kesihatan Mental oleh Dr Nur Salsabella di Program "Kesejahteraan Psikologi" 
69 09/06/2024 Ceramah untuk Program "Dari Hati ke Hati" oleh Dr Nik Muhammad Luqman bersama PEERS UITM
 70 19/06/2024 Program LADAP "Minda SIhat : Tangani Tekanan Dengan Cara Bijak"
71 26/06/2024 Bengkel Akreditasi MSQH versi 6 Peringkat Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental HOSHAS 
72 28/06/2024 Lawatan Mentari Mentakab ke Farm Fresh UPM dan Kilang Beryl's Serdang
73 03/07/2024 Majlis Perasmian Kursus Peace of Mind & Team Building
74 12/07/2024 Mesyuarat Perkhidmatan Psikiatri Negeri Pahang
75 13/09/2024 CME : Suicide Prevention Day "Ubah Tanggapan Bina Harapan"
76 22/09/2024 Program Saringan Kesihatan Sempena Hari Kontraseptif Sedunia "Healing Hands, Caring Hearts" 
77 23/09/2024 - 
25/09/2024
Mentari Mentakab Pemenang Saguhati Mentari Minds Award Di Bengkel Pemegang Taruh Mentari WHO WPRO
78 04/11/2024 Program Intervensi Minda Sihat
79 06/11/2024 Pengurusan Emosi di Tempat Kerja : Emosi Cantik, Aura Menarik


Bil Tarikh Aktiviti
1 26/02/2025 Kursus Pengurusan Stress dan Team Building (Peace Of Mind) 2025
2 09/04/2025 Simulasi Kebakaran (Fire Drill)
3 07/05/2025 Kursus CPG Management of Dementia (Third Edition, 2025)
4 12/09/2025 CME:Membantu di Dalam Krisis (Berkaitan Bunuh Diri)
5 10/10/2025 CME : Program Sambutan World Mental Health Day 2025 X "Mentari Day"
6 10/10/2025 Program Sambutan World Mental Health Day 2025 X "Mentari Day"
HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 16/10/2025 Jumlah Pelawat : 15170