Dasar Privasi Aplikasi Mudah Alih

PRIVASI

Aplikasi Mudah Alih HOSHAS (selepas ini dirujuk sebagai "Aplikasi") dibangunkan untuk pekerja/kakitangan dan tanggungan pekerja/kakitangan (selepas ini dirujuk sebagai "Pengguna") di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah bagi memudahkan pendaftaran,  pengurusan janjitemu, dan perkhidmatan kesihatan. Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui Google Play Store, Apple App Store, dan Huawei App Gallery. Maklumat peribadi yang dikumpulkan adalah selaras dengan peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).

MAKLUMAT PERIBADI

Aplikasi ini tidak akan merekodkan data peribadi pengguna. Maklumat yang diberikan digunakan hanya untuk capaian ke Sistem Maklumat Hospital (HIS) dan tidak dikongsi dengan pihak lain kecuali dinyatakan secara khusus.

MAKLUMAT YANG DIKUMPUL

Aplikasi ini mengumpulkan data pengguna secara sukarela melalui proses pendaftaran bagi tujuan capaian ke HIS. Maklumat yang dikumpulkan termasuk :

i)   Nama pengguna
ii)  Nombor kad pengenalan
iii) Nombor telefon
iv) Alamat e-mel
v)  Nombor MRN (Medical Record Number)

Maklumat ini tidak digunakan untuk tujuan lain dan tidak akan didedahkan kepada pihak ketiga atau dipindahkan ke luar Malaysia untuk tujuan komersial.

KESAN JIKA DATA PERIBADI TIDAK DIBERIKAN

Jika maklumat peribadi tidak diberikan atau tidak mencukupi, permohonan pengguna mungkin tidak dapat diproses, dan perkhidmatan Aplikasi mungkin terjejas.

KERAHSIAAN

Data peribadi yang dikumpulkan disimpan dengan sulit mengikut dasar privasi ini selaras dengan undang-undang yang berkenaan yang mungkin berkuat kuasa dari semasa ke semasa.

KESELAMATAN DATA

Aplikasi ini mematuhi piawaian keselamatan global untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan data pengguna. Semua data dihantar dalam bentuk yang disulitkan dan disimpan dalam pelayan dengan ciri keselamatan yang tinggi.

PERUBAHAN KEPADA DASAR PRIVASI

Sebarang perubahan pada dasar privasi ini akan dikemaskini di halaman ini. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi melalui :

E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Tarikh Kemaskini : 10 April 2025
  • Utama
  • Dasar Privasi Aplikasi Mudah Alih
HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 25/04/2025 Jumlah Pelawat : 28270