"KINTSUKUROI" adalah kumpulan sokongan yang ditubuhkan untuk Pegawai Perubatan Latihan Siswazah (Houseman / House Officer). Kejayaan Unit Kintsukuroi Hospital Kuala Lumpur dalam membimbing Pegawai Perubatan Latihan Siswazah yang bermasalah telah menjadi inspirasi pihak Jabatan Kesihatan Negeri Pahang untuk menubuhkan kelab yang seumpama ini.
Untuk memberi sokongan kepada Pegawai Perubatan Latihan Siswazah agar mereka dapat menjalankan tugas dan memberi perkhidmatan yang terbaik.
Dapatkan maklumat lanjut tentang Program Kintsukuroi Pegawai Perubatan Siswazah dan Pegawai Perubatan secara walk-in melalui Urus setia Kintsukuroi
atau, Hubungi dan dapatkan tarikh janjitemu daripada Ahli Jawatankuasa Kintsukuroi.