Hospital Kluster Pahang Tengah

Pengenalan

Konsep Hospital Kluster Hospital Kluster di Malaysia pada awalnya merupakan salah satu cadangan inisiatif di bawah Transformation of Malaysian Healthcare System pada awal tahun 2012 dan telah diluluskan oleh Jawatankuasa Pemandu Perancangan KKM (JPPK) pada 2 April 2014.

Hospital Kluster adalah gabungan hospital-hospital yang terletak berhampiran yang berfungsi sebagai satu entiti dalam menyampaikan perkhidmatan perubatan dan rawatan kepada pesakit. Gabungan hospital-hospital ini akan berkongsi sumber, fasiliti kemudahan, sumber manusia dan aset-aset untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pesakit.

Dengan konsep gabungan dan perkongsian sumber di antara hospital, pelbagai isu dapat ditangani terutamanya dalam menyampaikan perkhidmatan rawatan berpakar kepada rakyat tempatan.

Tiga buah negeri telah terpilih sebagai projek perintis bagi Hospital Kluster di Malaysia, iaitu negeri Pahang, Melaka dan Sabah pada tahun 2014. Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Hospital Jengka dan Hospital Jerantut telah terpilih menyertai Projek perintis Hospital Kluster sebagai Hospital Kluster Pahang Tengah (HKPT). Berikutan kejayaan Projek Perintis ini, konsep Hospital Kluster telah diperluaskan di seluruh Malaysia secara berperingkat.

Hospital Kluster Pahang Tengah

Hospital Kluster Pahang Tengah (HKPT) terdiri daripada tiga buah hospital berdekatan yang terletak di bahagaian Pahang Tengah iaitu:

  1. Hospital Sultan Haji Ahmad Shah sebagai hospital induk (Lead Hospital)
  2. Hospital Jengka (Non-lead Hospital)
  3. Hospital Jerantut (Non-lead Hospital)

Lokasi : Aras 3

Logo Hospital Kluster Pahang Tengah

Sambungan Utama

Jawatan / Lokasi
No Sambungan
DR. MOHAMAD FAQIH BIN MOHAMAD PUZI
PEGAWAI PERUBATAN UD48
1338

Jenis Perkhidmatan

Perkhidmatan secara kluster di kategorikan kepada Perkhidmatan Bersepadu (Integrated Service) dan Perkhidmatan Koordinasi (Coordinated Service) mengikut keperluan dan kapasiti hospital kluster pada masa tersebut.

Perkhidmatan Bersepadu Klinikal turut mempunyai Unit Sendiri di hospital Non-lead dan diketuai oleh Ketua Perkhidmatan di Hospital Induk . Perkhidmatan Bersepadu HKPT adalah :

  1. Kecemasan dan Trauma
  2. Perubatan Am

Perkhidmatan Koordinasi pula merupakan perkhidmatan-perkhidmatan yang dijalankan secara kerjasama antara Lead Hospital dan Non-lead hospital. Perkhidmatan Koordiansi HKPT adalah :

  1. Patologi
  2. Ortopedik
  3. Pembedahan Am
  4. Pediatrik
  5. Oftalmologi
  6. Obstetrik dan Ginekologi
  7. Psikiatri
  8. Otorinolaringologi
  9. Anestesiologi
  10. Pensterilan Sucihama
  11. Farmasi
  12. Pengimejan diagnostik
  13. Rekod Perubatan
  14. Kerja Sosial Perubatan
  15. Sajian dan Dietetik 

*Right Patient *Right Treatment *Right Time *Right Place

Projek Hospital Kluster Pahang Tengah membolehkan Hospital Jengka dan Hospital Jerantut memberikan rawatan pakar yang diselaraskan oleh Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.

Aktiviti dan Kursus

2017:

  1. LAWATAN KERJA HOSPITAL SULTAN ABDUL HALIM, KEDAH ke HOSPITAL KLUSTER PAHANG TENGAH - 23 Januari 2017 (Hospital Sultan Haji Ahmad Shah)
  2. PAMERAN HOSPITAL KLUSTER PAHANG TENGAH DI HARI TERBUKA HOSPITAL JENGKA - 5 Mei 2017 (Hospital Jengka)
  3. LAWATAN KERJA JKN TERENGGANU KE HOSPITAL KLUSTER PAHANG TENGAH - 24 JULAI 2017 HoSHAS, 25 JULAI 2017 (Hospital Jerantut)
  4. SESI PERKONGSIAN HOSPITAL KLUSTER DI KURSUS ORIENTASI HOSPITAL JERANTUT 11 OKTOBER 2017
  5. LAWATAN KLUSTER PAHANG TENGAH KE KLUSTER MELAKA  1-2 NOVEMBER 2017

2018:

1. SESI PERKONGSIAN HOSPITAL KLUSTER DI KURSUS ORIENTASI HOSPITAL JENGKA  6FEBRUARI 2017
2. PERTANDINGAN VIDEO KREATIF HOSPITAL KLUSTER  15 MAC 2018
3. MENGANJURKAN CME LEADERSHIP  22 MAC 2018
4. BENGKEL KEWANGAN HOSPITAL KLUSTER  5 JUN 2018
5. BENGEL PEMANTAPAN PELAKSANAAN LEAN HOSPITAL KLUSTER PAHANG TENGAH 22-23 OKTOBER 2018

2020 :

1.PERTANDINGAN CIPTA LOGO HOSPITAL KLUSTER PAHANG TENGAH 15 NOVEMBER 2020 - 15 JANUARI 2021

  • Utama
  • Mengenai Kami
  • Hospital Kluster Pahang Tengah
HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 12/04/2024 Jumlah Pelawat : 7587