BENGKEL HIRARC DAN PENGURUSAN RISIKO PERINGKAT HOSHAS TAHUN 2025
Pada 26 Februari 2025, satu program yang dinamakan sebagai Bengkel HIRARC dan Pengurusan Risiko peringkat hospital telah diadakan bertempat di Bilik Seminar Kluster Teratai Kiambang anjuran Jawatankuasa Environmental and Safety Services ( ESS ) dan Unit Kesihatan Awam HoSHAS
Bengkel ini telah disertai oleh 35 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai jabatan, wad dan unit sama ada dari bahagian klinikal, sokongan
klinikal dan pengurusan.
Antara objektif bengkel ini diadakan adalah untuk memastikan setiap tempat kerja melakukan aktiviti pentaksiran risiko supaya risiko yang wujud dapat dikenalpasti tahap keterukan dan keberangkaliannya terjadi seterusnya langkah-langkah kawalan yang sesuai dapat dilaksanakan untuk mencegah kemalangan atau penyakit pekerjaan di tempat kerja.
Aktiviti pentaksiran risiko di tempat kerja adalah sangat penting untuk memastikan pihak hospital ini dapat memenuhi keperluan perundangan Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994 ( Seksyen 18b ). Kegagalan melaksanakan aktiviti ini boleh mengakibatkan denda tidak melebihi RM 500,000 atau dipenjarakan selama tidak melebihi tempoh 2 tahun atau kedua-duanya menurut akta ini.
Tahniah kepada semua peserta yang memberi komitmen yang baik dalam menjayakan bengkel ini seterusnya menjadi rujukan kepada para pekerja lain di tempat kerja masing-masing dalam aktiviti pentaksiran risiko.