Bengkel Pemurnian Dokumen Pelan Kesinambungan Perkhidmatan (Business Continuity Plan) dan Penyediaan Panduan Ringkas (Quick Guide) Hospital Information System (HIS) , HoSHAS

  • Jabatan / Unit
    Jawatankuasa Hospital Information System
  • Tarikh
    20 Januari 2025
  • Hingga
    22 Januari 2025
  • Lokasi
    Hotel Permai Kuala Terengganu, Terengganu

Bengkel Pemurnian Dokumen Pelan Kesinambungan Perkhidmatan (Business Continuity Plan) dan Penyediaan Panduan Ringkas (Quick Guide) Hospital Information System (HIS) , Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh (HoSHAS) telah diadakan di Hotel Permai Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman bermula 20 hingga 22 Januari 2025 (Isnin hingga Rabu)

Objektif bengkel ini adalah merekabentuk, membangun dan melaksanakan pelan BCP sedia ada kepada dokumen BCP terkini. Manakala Panduan Ringkas (Quick Guide) Hospital Information System (HIS) dijadikan dokumen rujukan pantas kepada semua pengguna HIS, HoSHAS.

Seramai 28 orang peserta terdiri daripada champion HIS dan wakil setiap Jabatan Pembedahan Am, Jabatan Farmasi, Jabatan Rekod Perubatan dan Unit Hasil, Unit Kewangan, Jabatan Radiologi dan Jabatan Patologi.

Majlis Perasmian Penutup Bengkel dan Pelancaran Dokumen Pelan Kesinambungan Perkhidmatan (Business Continuity Plan) dan Penyediaan Panduan Ringkas (Quick Guide) Hospital Information System (HIS) telah dirasmikan oleh Pengarah Hospital YBrs Dr Hjh Nor Azlina binti Abdul Aziz pada 22hb Januari 2025.

Dengan terlaksananya bengkel ini, HoSHAS dapat mewujudkan dokumen dan panduan ringkas sebagai rujukan bagi mengurus semua aspek sekiranya berlaku gangguan kepada sistem utama ICT HIS untuk meneruskan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada pesakit dan meningkatkan keupayaan staf hospital secara efektif.


  • Utama
  • Info
  • Aktiviti Terkini
  • Bengkel Pemurnian Dokumen Pelan Kesinambungan Perkhidmatan (Business Continuity Plan) dan Penyediaan Panduan Ringkas (Quick Guide) Hospital Information System (HIS) , HoSHAS
HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 25/04/2025 Jumlah Pelawat : 28265