Jabatan Oftalmologi, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah ( HoSHAS ) telah mengadakan Majlis Perasmian Karnival Katarak HoSHAS. Program ini merupakan program pembedahan katarak beramai-ramai ( mass cataract surgery ) selama 4 hari bermula dari 22 sehingga 25 Ogos 2022. Program kali ini melakar sejarah sebagai pembedahan katarak negara kerana ia adalah antara yang terbesar pernah dianjurkan di Malaysia. Karnival ini melibatkan 120 orang pesakit dari 8 buah daerah dalam negeri Pahang iaitu Temerloh, Maran, Jerantut, Bera, Bentong, Raub dan Kuala Lipis.
Program ini dirasmikan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Ybhg Dato' Dr. Hjh Nor Azimi Binti Yunus. Majlis ini turut dihadiri oleh Pengarah Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Dr. Hjh Nor Azlina Binti Aziz, Ketua-Ketua Jabatan dan Kakitangan HoSHAS. Selain itu, turut diadakan penyampaian kanta intraokular percuma kepada 32 orang pesakit dalam kalangan golongan B40 dan asnaf di bawah Skim Peka B40 dan sumbangan zakat dari Majlis Ugama Islam Pahang ( MUIP ).