Jabatan Oftalmologi HoSHAS dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) dan pentadbiran HoSHAS telah berjaya menganjurkan Karnival Katarak KKKKM HoSHAS 2.0 pada 22 hingga 24 Ogos 2023.
Program ini merupakan kesinambungan karnival katarak 1.0 yang telah dijalankan pada bulan Mac yang lalu
Sebanyak 180 pembedahan katarak telah berjaya dilakukan semasa kedua-dua karnival katarak ini berbanding 120 pembedahan katarak pada tahun 2022.
Seramai 73 orang kakitangan daripada kalangan pakar oftalmologi, pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan, jururawat dan pembantu perawatan kesihatan telah terlibat dalam karnival yang berlangsung selama tiga (3) hari ini.
Program ini telah memberi manfaat kepada pesakit- pesakit dari daerah Temerloh, Maran, Jerantut, Bera dan Bentong.
Semoga karnival katarak ini dapat diteruskan pada tahun- tahun akan datang bagi memastikan masalah kebutaan akibat katarak dapat di atasi di seluruh negeri Pahang”