Kursus Newborn Hearing Screening: From Screening to Cochlear Implant Peringkat Pahang Tengah 2025 telah dijalankan di Hoshas pada 26 Februari 2025, dirasmikan oleh Pengarah Hoshas, Dr. Hjh Nor Azlina Binti Abdul Aziz.
Seramai 40 peserta yang terdiri daripada paramedik dan pegawai perubatan dari Hospital Kluster Pahang Tengah iaitu Hospital Bentong, Jerantut, Jengka dan Bera serta sebahagian daripada kakitangan di klinik kesihatan turut menghadiri kursus ini.
Antara tujuan
kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan mengenai Program Saringan Pendengaran Bayi KKM dan melatih Petugas Saringan Pendengaran Bayi (PSPB) yang baru.