Kursus Dan Sambutan Hari Kebersihan (Hand Hygiene Day) Peringkat Hospital Kluster Pahang Tengah

  • Jabatan / Unit
    Jawatankuasa Kawalan Infeksi HoSHAS
  • Tarikh
    05 Mei 2026
  • Hingga
    05 Mei 2026
  • Lokasi
    Auditorium

Sempena sambutan Hand Hygiene Day 2026 dengan tema “Hand Hygiene: Action Saves Lives”, Jawatankuasa Kawalan Infeksi HoSHAS telah menganjurkan Kursus dan Sambutan Hari Kebersihan Tangan (Hand Hygiene Day) Peringkat Hospital Kluster Pahang Tengah pada 5 Mei 2026 (Selasa) bertempat di Auditorium HoSHAS. Majlis telah dirasmikan oleh Dr. Ahmad Syahir bin Sarji, Timbalan Pengarah Perubatan II HoSHAS.

Seramai 158 peserta telah menghadiri kursus dan sambutan ini yang melibatkan warga kerja daripada HoSHAS, Hospital Jengka, Hospital Bera, Hospital Jerantut dan Hospital Bentong. Kehadiran peserta merangkumi Pegawai Perubatan, Jururawat, Penolong Pegawai Perubatan, Pembantu Perawatan Kesihatan serta kakitangan pentadbiran.

Dalam ucapan perasmian, Dr. Ahmad Syahir bin Sarji menyeru semua peserta agar menjadi “Hand Hygiene Champion” di hospital masing-masing dalam usaha memperkukuhkan amalan kebersihan tangan di tempat kerja.
Objektif kursus dan sambutan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga kesihatan mengenai kepentingan amalan kebersihan tangan bagi mencegah penyebaran jangkitan serta memastikan keselamatan pesakit dan petugas kesihatan sentiasa terpelihara.

Tahniah dan syabas kepada seluruh jawatankuasa serta semua pihak yang telah menjayakan sambutan Hand Hygiene Day 2026 pada tahun ini.



  • Utama
  • Info
  • Aktiviti Terkini
  • Kursus Dan Sambutan Hari Kebersihan (Hand Hygiene Day) Peringkat Hospital Kluster Pahang Tengah
HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 20/05/2026 Jumlah Pelawat : 56112