Majlis Pelancaran Menu Rahmah

  • Jabatan / Unit
    Kafeteria
  • Tarikh
    10 Mei 2023
  • Lokasi
    Kafeteria

KAFETERIA, HOSHAS, 10 MEI 2023 - Dr Hjh Nor Azlina bt Abdul Aziz, Pengarah Hospital telah merasmikan Majlis Pelancaran Menu Rahmah dengan kerjasama Pengusaha Kafeteria HoSHAS.

Program Menu Rahmah adalah program dan inisiatif baru Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNK), bersama rakan strategi Pengusaha Kedai Makanan (Bermasak) dan Persatuan Pengusaha Restoran dan Gerai Makanan dalam usaha kerajaan mambantu dan mengurangkan kos sara hidup, terutama Golongan Miskin Tegar di kalangan B40.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyeru agar kafeteria di kesemua fasiliti kesihatan dapat berkerjasama untuk menyediakan Menu Rahmah sebagai tanda sokongan terhadap agenda Malaysia Madani.

Set Menu Rahmah yang berharga RM5 akan mula dijual di Kafeteria HoSHAS bagi hidangan makan malam, bermula hari ini, dari jam 6.00 petang hingga tamat waktu operasi kafeteria.

Sempena pelancaran ini juga, pengusaha cafe telah memberi 40 set percuma menu Rahmah kepada Pelanggan Kafeteria.


HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 03/10/2024 Jumlah Pelawat : 6233