14-16 Mac 2023, Jabatan Oftalmologi HoSHAS sekali lagi telah melakar sejarah dengan mengadakan pembedahan katarak secara besar- besaran ( Mass Cataract Surgery Initiative HOSHAS 1.0 )
Program ini dijalankan dengan kerjasama pakar - pakar Oftalmologi Hospital Tengku Ampuan Afzan ( HTAA ) dan Hospital Cyberjaya.
Seramai 90 orang pesakit dari daerah Temerloh, Bera, Bentong, Jerantut dan Maran telah menjalani pembedahan katarak.
Seramai 24 pesakit dalam kategori telah menerima kanta percuma di bawah skim peka b40 dan sumbangan zakat Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP).
Jabatan Oftalmologi HoSHAS telah merancang untuk mengadakan program mass cataract surgery initiative 2.0 pada 22-24/8/23 dengan menyasarkan 90 lagi pembedahan katarak.
Semoga program ini dapat mengatasi masalah backlog pembedahan katarak di HoSHAS dan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat negeri Pahang.