Pengauditan Pengurusan Aktiviti Penyediaan Perkhidmatan Komersial Di Hospital KKM

  • Jabatan / Unit
    HOSHAS
  • Tarikh
    24 Februari 2025
  • Hingga
    27 Februari 2025
  • Lokasi
    HOSHAS

PENGAUDITAN PENGURUSAN AKTIVITI PENYEDIAAN PERKHIDMATAN KOMERSIAL DI HOSPITAL KKM

TEMERLOH, 27 Februari 2025 - Pengauditan Pengurusan Aktiviti Penyediaan Perkhidmatan Komersial di Hospital KKM telah dilaksanakan mulai 24 hingga 27 Februari 2025 di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah ( HoSHAS ) oleh Cawangan Audit Dalam KKM.

Pengauditan Terhadap Pengurusan Aktiviti Penyediaan Perkhidmatan Komersial ( Premis Demis ) di Hospital KKM ini merupakan julung kali diadakan melibatkan 3 buah hospital iaitu Hospital Pulau Pinang, Hospital Duchess of Kent ( Sandakan ), dan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah ( Temerloh ).

Objektif pengauditan dilaksanakan adalah untuk menilai pengurusan aktiviti penyediaan perkhidmatan komersial di hospital KKM telah dilaksanakan dengan teratur, cekap dan berkesan selaras dengan objektif yang telah ditetapkan.

Skop pengauditan telah dilaksanakan berdasarkan 2 bidang utama iaitu prestasi dan pengurusan aktiviti penyediaan perkhidmatan komersial di hospital KKM ( Premis Demis ). Metodologi pengauditan melibatkan semakan dokumen, pemeriksaan fizikal, borang soal selidik serta temu bual.

Seramai 4 orang pegawai daripada Cawangan Audit Dalam KKM telah melaksanakan pengauditan ini iaitu Encik Sameri bin Abdullah, Encik Dina Omar bin Fadzillah, Puan Intan Suriana binti Ramli, dan Cik Siti Syairah Aqilah binti Mohd Sendek.Turut hadir pada Pra Penutup Pengauditan.

Pengurusan Aktiviti Penyediaan Perkhidmatan Komersial di Hospital KKM adalah Dr. Hajah Nor Azlina binti Abdul Aziz, Pengarah Hospital; Encik Hazlan bin Sulaiman, Timbalan Pengarah ( Pengurusan ); Cik Noor Rahmatul Hasrati binti Abdullah, Penolong Pengarah Kanan ( Pengurusan ) I; serta Puan Nurulwafa binti Mohad Rafadi, Ketua Jabatan Dietetik dan Sajian.


  • Utama
  • Info
  • Aktiviti Terkini
  • Pengauditan Pengurusan Aktiviti Penyediaan Perkhidmatan Komersial Di Hospital KKM
HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 15/01/2026 Jumlah Pelawat : 14347