Perhimpunan Bulanan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) anjuran Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental, Unit Kesihatan Awam dan Unit Kualiti dan Penyelidikan telah diadakan pada 23 April 2026. Perhimpunan ini telah berlangsung dengan jayanya dengan mengangkat tema Hari Bumi (Earth Day) sebagai fokus utama.
Majlis dimulakan dengan bacaan ikrar oleh Encik Muhammad Aslam bin Mohamad Arif, diikuti dengan bacaan doa oleh Encik Hasabdullah bin Ismail. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan oleh Pengarah Hospital, Dr. Hjh. Nor Azlina binti Abdul Aziz.
Sesi renungan pagi telah disampaikan oleh Dr. Firdaus binti Datuk Abdul Gani. Dalam sesi ini, beliau menyampaikan mesej penting secara ringkas mengenai kepentingan mempelajari dan menghargai diri sendiri, komuniti serta alam sekitar, seterusnya memupuk kesihatan mental yang mampan.
Kemuncak majlis ialah penyampaian Sijil Penghargaan kepada para pemenang bagi Pencapaian PSQ-18 (Kajian Kepuasan Pelanggan) Tahun 2025, Audit Klinikal, Program Jom Aktif Bersama BookDoc 2026, serta Program Pengurusan Berat Badan.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Diharapkan pengiktirafan ini dapat menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga kerja untuk terus meningkatkan prestasi serta kualiti perkhidmatan.