Perkongsian Pemantapan Aliran Pesakit, Unit Pengurusan Katil, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
Pada 13/02/2025, hari Khamis, delegasi dari HoSHAS seramai 14 orang diketuai oleh Pengarah Hospital dan disertai oleh wakil Pakar Kecemasan, Pegawai Perubatan, Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan, Penyeliaan Kejururawatan, Pengurusan serta Unit Teknologi Maklumat telah melawat Bed Management Unit (BMU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk mempelajari dengan lebih dekat pengurusan aliran pesakit yang sistematik.
Rombongan dari HoSHAS bertolak pada jam 6.00 pagi dengan menaiki van yang dipinjam dari
Hospital Jengka tiba di Hospital Tengku Ampuan Rahimah pada jam 9.00 pagi disambut oleh Matron Haidah dan Pasukan BMU.
Sesi taklimat yang padat dan ringkas berkenaan pelaksanaan BMU dan aplikasi Sistem Bed Watcher telah disampaikan oleh Matron Haidah. Seterusnya, ahli rombongan dibawa melawat Pejabat BMU, Wad Perubatan Am, Admission Lounge, Discharge Lounge dan Multidiscipline Short Stay Unit (MDSU). Sesi perbincangan dan soal jawab berlangsung secara aktif sepanjang sesi taklimat dan lawatan.
Dapatan daripada lawatan perkongsian pintar ini diharapkan dapat diperhalusi pelaksanaannya di HoSHAS ke arah pengurusan aliran pesakit yang lebih lancar seterusnya meningkatkan mutu perkhidmatan.