Sambutan Hari Pendengaran Sedunia 2025 Peringkat Hospital Sultan Haji Ahmad Shah bertemakan: “Ubah Minda: Perkasakan Diri Jadikan Penjagaan Telinga dan Pendengaran Satu Realiti Untuk Semua” telah berlangsung di Auditorium Hoshas pada 28 Februari 2025, dirasmikan oleh Dr. Nur Azlina Binti Mohammad Hashim, Timbalan Pengarah ( Perubatan ) I.
Majlis yang dianjurkan oleh Unit Audiologi, Jabatan Otorinolaringologi tahun ini adalah sebagai salah satu inisiatif yang memfokuskan kepada kesihatan telinga dan pendengaran, serta usaha untuk menangani masalah pendengaran. Sambutan ini juga diharapkan agar masyarakat dapat turut sama meningkatkan kesedaran dan mempromosikan penjagaan telinga dan pendengaran di peringkat kebangsaan dan komuniti.