Seminar Future Nursing Profession dan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Kelab Jururawat

  • Jabatan / Unit
    Unit Penyeliaan Kejururawatan
  • Tarikh
    22 Februari 2025
  • Hingga
    22 Februari 2025
  • Lokasi
    Auditorium

SEMINAR “FUTURE NURSING PROFESSION” DAN AGM KELAB JURURAWAT HoSHAS 2025

Pada 22 Februari 2025 ( Sabtu ), Seminar Future Nursing Profession dan Mesyuarat Agung Tahunan ( AGM ) Kelab Jururawat HoSHAS telah berjaya diadakan dengan penyertaan lebih kurang 200 orang jururawat HoSHAS dalam semua kategori jawatan termasuk Penyelia Jururawat, Ketua Jururawat, Jururawat, dan Jururawat Masyarakat.

Seminar ini telah dirasmikan oleh Dr. Hajjah Nor Azlina binti Abdul Aziz, Pengarah Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) dan menampilkan pensyarah jemputan dari Kulliyyah of Nursing, IIUM Kuantan, Pahang, iaitu:

1. Asst. Prof. Dr. Noor Azizah binti Mohd Ali.
( Burn Bright , Not Out : Finding Balance In The Demands Of Nursing )
2. Asst. Prof. Dr. Muzaitul Akma binti Mustapa Kamal Basha.
( Postgraduates Opportunities in Kulliyyah Of Nursing IIUM Kuantan, Pahang )

Program ini bertujuan untuk memberi motivasi kepada semua jururawat serta memperkenalkan Kulliyyah of Nursing IIUM Kuantan sebagai salah satu institusi kejururawatan yang boleh membantu jururawat melangkah lebih jauh dalam bidang ini. Usaha ini diharapkan dapat memartabatkan profesion jururawat di peringkat yang lebih tinggi, bukan hanya di Malaysia tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta serta Jawatankuasa Pelaksana, barisan AJK yang telah bertungkus lumus menjayakan program yang julung kali diadakan ini. Semoga seminar ini memberi manfaat yang besar kepada semua jururawat dan terus menjadi platform untuk meningkatkan ilmu serta motivasi dalam profesion kejururawatan.


  • Utama
  • Info
  • Aktiviti Terkini
  • Seminar Future Nursing Profession dan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Kelab Jururawat
HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 25/04/2025 Jumlah Pelawat : 28283