



Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Sukacita dimaklumkan bahawa Farmasi Klinik Pakar Hospital Sultan Haji Ahmad Shah kini menyediakan
perkhidmatan pengambilan ubat sambungan menggunakan aplikasi MyUBAT.
Melalui perkhidmatan ini pesakit dapat mengambil ubat sambungan dengan lebih mudah iaitu
menggunakan aplikasi telefon pintar.
Dua pilihan disediakan iaitu:
- Sistem Temu Janji
Pesakit boleh mendapatkan ubat sambungan di kaunter farmasi HoSHAS pada tarikh yang telah dipersetujui
- Ubat Melalui POS (UMP)
Bekalan ubat susulan akan dihantar ke lokasi pilihan pesakit.
Untuk menggunakan perkhidmatan ini pesakit perlu:
- Muat turun aplikasi MyUbat melalui pautan:
Apple: https://apps.apple.com/my/app/myubat/id1529983342
- Daftar perkhidmatan ubat susulan
- Semak status bekalan ubat
- Pinda tarikh temu janji jika perlu
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Farmasi Klinik Pakar HoSHAS
Telefon: 092955333 sambungan 1260
Whatsapp:
https://wasap.my/+601112891169Farmasi Pandu Lalu
Perkhidmatan khas untuk pelanggan yang mengambil ubat susulan di Farmasi Klinik Pakar Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh.
Hari operasi:
Isnin, Selasa & Rabu : Petang : 3.15 pm - 4.30 pm