Pembayaran Tanpa Tunai Bermula pada 1 Oktober 2022

Assalamualaikum wtb dan Salam Sejahtera

Perhatian kepada semua pelanggan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah yang dihormati.

Dimaklumkan bahawa bermula pada 1 Oktober 2022, Kementerian Kesihatan Malaysia akan melaksanakan Pembayaran Tanpa Tunai di semua fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia. Sehubungan dengan itu, semua pembayaran bil hospital, bayaran pesakit luar di Klinik Pakar, Jabatan Kecemasan, Jabatan Rehabilitasi dan Unit Hemodialisis akan menggunakan kaedah kad debit atau kredit sahaja.

Dan sekiranya tuan / puan mempunyai sebarang pemasalahan menggunakan kaedah bayaran tanpa tunai bolehlah berurusan terus dengan pegawai yang bertugas di kaunter bayaran berkenaan.

Pihak hospital amat mengharapkan sokongan daripada tuan / puan dalam menjayakan pelaksanaan pembayaran tanpa tunai ini.

Sekian, terima kasih.

HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 30/05/2023 Jumlah Pelawat : 6526