Hospital Bentong

Pengenalan

Selamat Datang Ke Hospital Bentong

Hospital Bentong terletak di Pahang Barat Negeri Pahang dan telah mula beroperasi sejak tahun 1920-an. Hospital Bentong bermula dengan bangunan asal yang telah berusia melebihi 100 tahun dan beroperasi dengan Bangunan Tambahan Fasa 2 bagi Jabatan Kecemasan dan Wad pesakit Dalam pada tahun 2014.

Jarak antara Hospital Bentong dengan Hospital berpakar yang lain adalah:

a. Hospital Sultan Hj Ahmad Shah, Temerloh ( Hospital Pakar Major) : 83.2km
b. Hospital Kuala Lipis (Hospital Pakar Minor ) : 91.2km
c. Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan ( Hospital Negeri) : 187km

Hospital Bentong dibawah Inisiatif Hospital Kluster Pahang Tengah dan merupakan Non- Lead Hospital yang mana Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh Lead Hospital yang menerajui dan memperkukuhkan Perkhidmatan Kepakaran ini . Di Negeri Pahang, terdapat 3 Hospital yang dikategorikan sebagai Hospital Berpakar Minor termasuk Hospital Bentong selain daripada Hospital Kuala Lipis dan Hospital Pekan. Hospital Pakar Minor merupakan hospital yang mempunyai sehingga 10 perkhidmatan kepakaran asas dan Hospital Pakar Major mempunyai sehingga 20 perkhidmatan kepakaran.

​Hospital Bentong mula beroperasi dengan perkhidmatan Hospital Daerah tanpa Pakar dan Perkhidmatan Kepakaran telah bermula pada tahun 2010 dengan menempatkan Pakar secara residen di Hospital tersebut. Hospital ini memlukan servis kepakaran dengan 3 jenis kepakaran iaitu :

​a. Pakar Psikiatri (2010)
​b. Pakar Perubatan Am (2010)
​c. Pakar Kecemasan (2013)

Perkhidmatan 3 kepakaran ini berjalan dengan baik dan semua kes dapat dirawat di hospital ini melainkan jika kes- kes yang kompleks dan perlukan rawatan lanjut.
​Melalui Inisiatif Hospital Kluster dibawah kumpulan Hospital Kluster Pahang Tengah, perkhidmatan kepakaran di Hospital Bentong telah dapat dikembangkan dengan baik bermula dengan perkhidmatan secara lawatan dari Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh ( Hoshas). Perkhidmatan Kepakaran Pembedahan yang merangkumi kepakaran Orthopedik dan Pembedahan Am telah dimulakan dengan pembukaan 1 Unit Dewan Bedah ( Modular OT) pada tahun 2014 dan memulakan kes- kes pembedahan secara pakar pembedahan dan bius atas lawatan dari Hoshas.

​Pada tahun 2022, selepas Pandemik Covid-19, Perkhidmatan pembedahan ini telah diperkukuhkan dengan menempatkan seorang Pakar Bius, Pakar pembedahan Am dan Pakar Ortopedik secara residen di hospital ini untuk memastikan lebih banyak kes- kes pembedahan dapat dijalankan tanpa perlu merujuk ke Hospital lain. Seiring dengan perkembangan tersebut, Pakar Pediatrik, Pakar Radiologi dan pakar Patologi telah ditempatkan juga menjadikan jumlah Kepakaran adalah sebanyak 9 iaitu :

a. Pakar Kecemasan
​b. Pakar Perubatan Am
​c. Pakar Psikiatri
​d. Pakar Anaesthesiologi
​e. Pakar Perubatan Am
​f. Pakar Orthopedik
​g. Pakar Radiologi
​h. Pakar Patologi

​Halatuju bagi Hospital Bentong adalah melengkapkan kepakaran Hospital Minor dengan 10 kepakaran yang lengkap dengan menempatkan Pakar Obstetrik dan Ginekologi sahaja lagi bagi memastikan kes- kes ini dapat dirawat dengan baik dengan perancangan perkembangan fasiliti dari segi jumlah katil, dewan bedah dan rawatan kritikal.

Hospital Bentong komited dalam memberi perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti tinggi kepada semua pelanggan/pesakitnya. Ia selaras dengan moto Kementerian Kesihatan Malaysia; Kami Sedia Membantu

Hospital Bentong

Jalan Tras, 28700 Bentong
Pahang Darul Makmur
Nombor Telefon : +6092223333
Nombor Faksimili : +6092224494
Koordinat : N3.5256046, E101.9068847

Hubungi Kami

Hospital Bentong
Jalan Tras, 28700 Bentong, Pahang Darul Makmur.

E-mel Rasmi
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Laman Web Rasmi
https://jknpahang.moh.gov.my
/hspbentong/


No. Telefon
+6092223333

Nombor Faksimili 
+6092224494
 
 
 
 


Perkhidmatan

Kecemasan

Wad Lelaki

Wad Perempuan

Pentadbiran

Pengimejan Diagnostik

Farmasi dan Bekalan

Rekod Perubatan

Sajian Makanan

Klinik Pakar

Wad Bersalin

Kemudahan

Kafeteria

Kedai Serbaneka

Tandas Awam

Balai Pelawat

Surau

Lif Pelawat

Kaunter Informasi

Taman Terapeutik dan Taman Rekreasi

Tempat Letak Kenderaan

  • Piagam Pelanggan

    Para pelanggan yang dihormati anda adalah keutamaan kami, kami akan memberikan sepenuh komitmen kepada anda seperti berikut :

    Pesakit Luar
    1. Anda akan didaftarkan, mendapat nombor giliran dan mnerima rawatan daripada Pegawai Perubatan dalam tempoh tidak melebihi 30 mint berdasarkan program e-Masa KKM.
      • Anggaran masa 10 minit setiap pesakit untuk proses pendaftaran seperti berikut :
        • Proses Kerja : Masa Menunggu 
        • Mendapatkan  Nombor Giliran : 1 Minit 
        • Mendapatkan Kad Rawatan : 5-7 Minit 
        • Proses Rawatan : 2 Minit 
        • Jumlah = 10 Minit (Maksimum)

    2. Anda akan didaftarkan untuk kemasukan ke wad dalam masa 30 minit.

    3. Anda akan dirawat dengan segera jika ditakrifkan sebagi pesakit dalam ketegori kecemasan berdasarkan istem TRIAGE seperti berikut :
      • Kod Masa Menunggu 
      • MERAH : SEGERA
      • KUNING : 5-20 Minit
      • HIJAU : 30 Minit - 120 Minit
      • PUTIH : Dibawa ke Mortuari (Jenazah / Bilik Mayat)

    4. Anda akan dirujuk ke hospital lain yang bersesuaian seberapa segera jika memerlukan rawatan yang tidak terdapat di Hospital Bentong.

    Pesakit Dalam
    1. Anda akan ditempatkan di katil dalam masa 10 minit selepas tiba di wad.

    2. Anda akan diberikan orientasi dan perkhidmatan semasa di dalam wad serta diperiksa oleh Pegawai Perubatan setiap hari (bagi Wad Psikiatri dan Kesihatan Mental - apabila perlu mengikut keadaan).

    3. Anda akan diberitahu oleh pihak hospital 1 jam sebelum discaj (bagi Wad Psikiatri dan Kesihatan Mental - 1 hari sebelum discaj).

    Sokongan Klinikal & Bukan Klinikal
    Anda akan diberi layanan dan perkhidmatan sebagaimana yang dinyatakan di dalam Piagam Pelanggan unit masing-masing.

    Peningkatan Tahap Kepuasan Pelanggan
    Bagi meningkatkan tahap kepuasan anda sebagai pelanggan kami, segala cadangan, kepujian dan aduan anda akan diambil tindakan yang sewajarnya dan anda akan dimaklumkan tentang status tindakan dalam masa 4 hari.
HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 16/10/2025 Jumlah Pelawat : 18436