Unit Pengurusan Aset

imgalt
imgalt

Unit Pengurusan Aset memberi sokongan pengurusan aset kepada program dan aktiviti Kementerian Kesihatan melalui perlaksanaan dasar pengurusan aset berasaskan prosedur-prosedur, arahan-arahan dan pekeliling yang telah ditetapkan dalam 1Pekeliling Perbendaharaan (1PP)-Pengurusan Aset (KP). Unit ini diketuai oleh Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M44 dan dibantu oleh Penolong Pegawai Tadbir N29, dua Pembantu Tadbir Gred N19 dan Pembantu Awam H11  .    

LokasiAras 1

Jawatan / Lokasi
No Sambungan
Pen. Pengarah (Pengurusan) I  5500
Penolong Pegawai Tadbir N29 2154
Pembantu Tadbir N19           5314 / 2155
Pembantu Awam H11         5314 / 2155

Hari Masa
Isnin - Jumaat 8.00 pagi hinngga 5.00 petang

1. Menyelaras pelantikan Pegawai Pemeriksa Aset, Pegawai Pemverifikasi Stor, Lembaga Pemeriksaan Pelupusan dan Jawatankuasa Penyiasat Jabatan bagi jabatan/unit di bawah hospital.

2. Mewujudkan Pelan Perancangan Pengurusan Aset yang sistematik dan berkesan bagi mengurus aktiviti-aktiviti Pengurusan Aset Alih termasuk mengadakan ceramah atau CME, taklimat keselamatan aset dan pemeriksaan mengejut.

3. Menyelaras peranan dan tanggungjawab Pegawai Aset di jabatan/unit/wad.

4. Menyelaras Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK).

5. Menyelaras Penyediaan Laporan Tahunan Pengurusan Aset Alih.

• Pelabelan
   - Memastikan semua aset diberi tanda pengenalan dengan cara melabel bagi menunjukkan tanda Hak Kerajaan Malaysia dan nama Kementerian/Jabatan/PTJ di tempat yang bersesuaian.

• Pemeriksaan
   - Merancang, memantau dan memastikan Pegawai Pemeriksa Aset melaksanakan pemeriksaan sekurang-kurang satu (1) kali setahun.

• Penyelenggaraan
   - Melaksanakan program penyelenggaraan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

• Pelupusan
   - Memastikan tindakan pelupusan dilakukan mengikut kaedah yang telah diluluskan dan dilaksanakan mengikut peraturan yang berkuat kuasa.

• Kehilangan
   - Memastikan Laporan Polis dilakukan dalam tempoh dua puluh empat (24) jam dari masa kehilangan telah diketahui.
   - Menjalankan siasatan dengan kadar segera dan Laporan Siasatan dikemukakan kepada Kementerian.

• Kehilangan
   - Memastikan Laporan Polis dilakukan dalam tempoh dua puluh empat (24) jam dari masa kehilangan telah diketahui.
   - Menjalankan siasatan dengan kadar segera dan Laporan Siasatan dikemukakan kepada Kementerian.

HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 29/03/2024 Jumlah Pelawat : 14400