25 Jun 2026 (Khamis)
YBrs. Dr. Haji Saiful Azlan bin Haji Sharif, Pengarah Kesihatan Negeri Pahang telah hadir ke Majlis Perasmian Karnival Katarak HOSHAS 1.0 dan Program Subsidi Pembedahan Katarak Warga Emas Negeri Pahang yang berlangsung di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh.
Majlis telah disempurnakan oleh YB Datoโ Hajah Sabariah Binti Saidan, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang.
Program ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperluas akses kepada rawatan kesihatan berkualiti, khususnya kepada warga emas yang memerlukan intervensi pembedahan katarak, demi memastikan kesejahteraan serta kualiti hidup mereka terus terpelihara.
Semoga inisiatif seperti ini terus memberi manfaat kepada rakyat Negeri Pahang dan memperkukuh usaha penyampaian perkhidmatan kesihatan yang inklusif serta berimpak tinggi. ย ย