𝗟awatan 𝗣elaksanaan 𝗦istem 𝗣erkhidmatan Porter di Hospital Tampin, Negeri Sembilan

  • Jabatan / Unit
    Hospital Tampin, Negeri Sembilan
  • Tarikh
    05 Mei 2026
  • Hingga
    05 Mei 2026
  • Lokasi
    Hospital Tampin, Negeri Sembilan

Pada 5 Mei 2026 (Selasa), Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Hospital Jengka dan Hospital Bera telah mengadakan lawatan penanda aras ‘Unit Perkhidmatan Porter’ ke Hospital Tampin bagi meninjau pelaksanaan Sistem Perkhidmatan Porter secara digital dan lebih sistematik.

Lawatan ini telah diketuai oleh Dr. Mazlina binti Mohtar, Timbalan Pengarah Perubatan I, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) bersama delegasi yang terdiri daripada 9 orang wakil HoSHAS, 3 orang wakil dari Hospital Jengka dan 4 orang wakil dari Hospital Bera.

Lawatan ini bertujuan mendapatkan pendedahan berkaitan pengurusan tugasan porter yang lebih efisien, tersusun dan telus selaras dengan keperluan penambahbaikan kualiti perkhidmatan. Delegasi turut diberikan taklimat mengenai aliran kerja sistem, kaedah pemantauan tugasan secara masa nyata dan aspek keselamatan pemindahan pesakit.

Selain sesi perkongsian pengalaman dan amalan baik yang dilaksanakan, lawatan ini turut memperkukuhkan hubungan kerjasama antara hospital dalam usaha meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kesihatan.

Semoga hasil lawatan ini dapat menjadi panduan ke arah pelaksanaan perkhidmatan porter yang lebih cekap, berintegriti dan berorientasikan keselamatan pesakit demi kesejahteraan bersama.



  • Utama
  • Info
  • Aktiviti Terkini
  • 𝗟awatan 𝗣elaksanaan 𝗦istem 𝗣erkhidmatan Porter di Hospital Tampin, Negeri Sembilan
HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara © 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 11/06/2026 Jumlah Pelawat : 40273