Sambutan Hari Keselamatan Pesakit Sedunia Peringkat Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) 2026
Temerloh, 18 September 2026: Sambutan Hari Keselamatan Pesakit Sedunia (WPSD) peringkat Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) telah dianjurkan dengan kerjasama Jawatankuasa Keselamatan Pesakit dan Unit Kesihatan Awam HoSHAS. Tema yang telah diberi ialah “Safe Care for Non-Communicable Diseases” dengan slogan “Safe Care for Life”. Objektif sambutan ini ialah untuk memperkukuh keselamatan dalam penjagaan pesakit dengan "Non-Communicable disease" (NCD). Selain itu, ia bertujuan untuk memastikan kebajikan dan keselamatan warga kerja kita yang telah didiagnos dengan NCD.
Sambutan telah diadakan di Auditorium Bakawali HoSHAS yang dirasmikan oleh Dr Mazlina binti Mohtar, Timbalan Pengarah Perubatan I (menanggung tugas Pengarah Hospital). Majlis turut dihadiri oleh Dr Ahmad Syahir Bin Sarji (Timbalan Pengarah Perubatan II), Dr Saiful Shahrizal binti Shudim (Pakar Perubatan Dalaman merangkap Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Pesakit), Dr Mohd Zuraimi bin Mohammed Zohdi (Ketua Unit Kualiti) dan Dr Mahfudzah Sarah Bazilah Binti Mansor (Ketua Unit Kesihatan Awam).
Antara aktiviti yang telah disusun termasuklah:
1) Ceramah
a) "Detect Early Diagnose Accurately" oleh Dr Saiful Shahrizal Binti Shudim
b) "Role of Physiotherapy in Safe Care for NCDs" oleh Puan Nurul Fatini Dalilah Binti Khairussalleh.
c) Keperluan Pendaftaran dan Notifikasi: Ubat Supplemen Kesihatan & Kosmetik oleh Puan Nor Hajar Syaqira Binti Mohd Fadzbil.
2) Reruai pameran dan aktiviti ("Hand Hygiene" , Berhenti Merokok, Keselamatan Pengubatan, Sekolah Dalam Hospital)
3) Kuiz Interaktif WPSD
4) Ruang bergambar Sambutan
5) Nyalaan Jingga dengan kerjasama Majlis Perbandaraan Temerloh
6) Cabaran 150,000 Langkah secara maya dengan menggunakan aplikasi Bookdoc yang telah diadakan pada 16 hingga 30 Ogos 2026 yang lalu. (Rujuk: https://www.facebook.com/share/p/1cEwR4BnnW/
JOM SAHUT CABARAN😁)
Sambutan telah diserikan dengan tema berwarna Jingga sebagai solidariti terhadap keselamatan pesakit. Terima kasih diucapkan atas kerjasama seluruh warga kerja HoSHAS yang telah bersama-sama menjayakan sambutan ini samada secara langsung atau tidak langsung. Semoga sambutan ini memberi manfaat kepada semua demi keselamatan pesakit di HoSHAS.
SAFE CARE FOR NON-COMMUNICABLE DISEASES - SAFE CARE FOR LIFE!
#WPSD2026
#HoSHAS
#Jingga
#JKNP
#Pahang1st