Sesi Lawatan Kerja Bersama Ybrs. Dr. Haji Saiful Azlan bin Sharif, Pengarah Kesihatan Negeri Pahang

  • Jabatan / Unit
    Bahagian Pengurusan
  • Tarikh
    18 Mei 2026
  • Hingga
    18 Mei 2026
  • Lokasi
    HOSHAS

18 Mei 2026 (Isnin) โ€“ Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh berbesar hati menerima lawatan kerja daripada YBrs. Dr. Haji Saiful Azlan bin Haji Sharif, Pengarah Kesihatan Negeri Pahang.

Tujuan utama lawatan ini adalah bagi merancang penambahbaikan perkhidmatan dan sistem operasi hospital supaya penyampaian perkhidmatan kesihatan yang lebih efisien dan berkualiti dapat diberikan.
Usai taklimat di Bilik Persidangan Anggerik, YBrs. Dr. Haji Saiful Azlan turut mengambil kesempatan melawat Wad Kenanga 7 dan Wad Kenanga 8 bagi meninjau keadaan wad serta menyantuni para pesakit. Beliau juga berkesempatan melawat Dr. Masroja bin Mohamad @ Kassim, mantan Pengarah Hospital Jengka yang kini sedang menjalani rawatan di HoSHAS.
Seterusnya, beliau meneruskan lawatan ke Jabatan Kecemasan dan Trauma sebelum mengakhiri sesi lawatan di Lobi hadapan Unit Hemodialysis HoSHAS (HDU).

Turut hadir ialah YBrs. Dr. Jafanita binti Jamaluddin, Timbalan Pengarah (Perubatan), Jabatan Kesihatan Negeri Pahang; Encik Mohd Hafizi bin Mat Noor, Timbalan Pengarah Sektor Kejuruteraan Kesihatan Umum KKM; Dr. Mazlina binti Mohtar, Timbalan Pengarah (Perubatan I), HoSHAS; Encik Hazlan bin Sulaiman, Penolong Pengarah (Pengurusan), HoSHAS; Ir Sulaiman bin Mohd Muslim, Ketua Jurutera , Jabatan Kesihatan Negeri Pahang; para pegawai dari bahagian kejuruteraan KKM; Ir. Haji Ahmad Fatani daripada AADA Maju Resources; dan syarikat perkhidmatan sokongan Radiecare Sdn Bhd.
Pihak HoSHAS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kunjungan dan komitmen tuan Pengarah Negeri serta semua yang hadir dalam usaha menambah baik sistem perkhidmatan hospital demi kesejahteraan pesakit dan warga kerja.

ย  ย 


  • Utama
  • Info
  • Aktiviti Terkini
  • Sesi Lawatan Kerja Bersama Ybrs. Dr. Haji Saiful Azlan bin Sharif, Pengarah Kesihatan Negeri Pahang
HOSHAS

QR Code
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.

Hakcipta Terpelihara ยฉ 2022 Hakcipta Terpelihara Portal Rasmi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Kemaskini : 09/07/2026 Jumlah Pelawat : 123602